Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir..

Image result for Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir..




Suami isteri yang sedang berkonflik sebenarnya bagus jadikan wirid dan doa Al Mathurat ni sebagai amalan pagi dan petang. Sebabnya baca penerangannya di bawah. Lepas dah tahu, mesti rasa sayang kalau nak tinggalkan walau satu doa.
Al Mathurat ini wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih.
Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.
Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda.
Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.
Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya.
(boleh rujuk pada buku Al Mathurat)
Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari membaca wirid dan doa ini sampai habis.
Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya. Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
Ini Doa Akhir
“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du’at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
* Masa baca ini niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa sebut namanya.
Sumber: Mingguan Wanita

Tiada ulasan