Elak Minum Kopi Ketika Perut Kosong, Ini Sebabnya…

Image result for Elak Minum Kopi Ketika Perut Kosong, Ini Sebabnya…



Ada tak sesiapa kalau tak dapat minum kopi dalam sehari, rasa serba tak kena, rasa tak sedap badan?
Laporan dari Business Insider menunjukkan, walaupun tidak salah mengambil secawan kopi untuk memulakan aktiviti harian, tetapi anda harus berwaspada dan tidak mengambilnya ketika perut kosong.
Hal ini kerana kopi boleh bertindak serius terhadap sistem pencernaan. Kopi melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jika anda belum mengambil sesuatu makanan untuk mengalas perut, asid boleh merosakkan lapisan perut selain menyebabkan sakit kepala serta pedih ulu hati.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan PushDoctor.co.uk, Dr Adam Simon pengambilan kopi ketika perut kosong boleh membuat anda merasa keresahan, menggigil dan perubahan emosi.
“Pengambilan kopi (ketika perut kosong) juga boleh meningkatkan kadar kebimbangan, kadar denyutan jantung dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
“Tabiat menghirup kopi sebagai pengambilan pertama sebelum melakukan aktiviti juga berkemungkinan mengganggu circadian rythm. Ini kerana, jam dalaman anda mengeluarkan hormon yang dipanggil cortisol ketika bangun dari tidur dan menyedarkan anda daripada rasa mengantuk.
“Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, kajian menunjukkan pengambilan kopi awal pagi sebenarnya menurunkan kadar cortisol dan membuatkan anda rasa lebih mengantuk,” katanya.
Sumber : https://www.wanista.com

Tiada ulasan